Malaysia Perbaiki Prestasi Dalam Kajian TIMSS 2015

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 9:12 PM

Khair Mohamad menunjukkan laporan TIMSS pada sidang media di Putrajaya. foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan memberangsangkan bagi subjek Sains dan Matematik dalam kajian penandaarasan Gred 8, laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2015.

Mengumumkan keputusan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata Malaysia memperbaiki kedudukan bagi subjek Sains dengan mengumpul 471 mata untuk menghuni tempat ke-24 berbanding tempat ke-32 dengan 426 mata pada TIMSS 2011.

Bagi subjek Matematik, beliau berkata Malaysia merupakan antara 18 negara yang menunjukkan peningkatan pencapaian dengan mencatatkan skor 465 mata untuk menduduki tempat ke-22, naik empat anak tangga dengan 440 mata pada 2011.

"Pencapaian yang bertambah baik bagi kedua-dua subjek Matematik dan Sains meletakkan kedudukan Malaysia pada kedudukan pertengahan dalam senarai 39 negara peserta," katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan, di sini, Selasa.

Secara keseluruhan, Singapura mencatatkan skor tertinggi dalam TIMSS 2015 Gred 8 bagi Matematik dan Sains, masing-masing dengan 621 dan 597 mata.

TIMSS merupakan satu kajian penandaarasan antarabangsa anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) dan kajian yang ditawarkan ialah TIMMS Gred 4, TIMSS Gred 8 dan TIMSS Advanced.

Malaysia memilih untuk menyertai TIMSS Gred 8 yang menilai prestasi murid Tingkatan 2.

Penyertaan Malaysia adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran sains dan matematik dalam kalangan pelajar berbanding rakan mereka di negara-negara lain.

TIMSS 2015 diadakan pada 28 Oktober 2014 serentak di seluruh negara dengan sampel 9,726 murid Tingkat Dua, 326 orang guru Matematik, 326 guru Sains dan pentadbir sekolah daripada 207 buah sekolah sampel di seluruh negara dengan set buku ujian dan set soal selidik.

TIMSS dilaksanakan dalam kitaran setiap empat tahun. Malaysia mula menyertai TIMSS pada 1999 dan dikuti dengan 2003, 2007, 2011 dan 2015.

Khair berkata penyertaan dalam TIMSS memberikan manfaat yang sangat bermakna bagi pemutus dasar merancang dan menambah baik pendidikan negara untuk penyediaan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global.

"Inisiatif yang diambil daripada hasil penyertaan dalam TIMSS diharap dapat merealisasikan hasrat yang tercatat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Katanya Malaysia menyasar untuk mencatatkan skor 500 mata dalam subjek Matematik dan Sains pada TIMSS 2019. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TIMSS , Matematik , Sains

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan