Syarat Kemasukan MRSM Pelajar Miskin, Sabah Dan Sarawak Dilonggarkan

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 2:49 PM

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama perwakilan Pemuda dan Puteri Umno pada Program Kembali Ke Sekolah Yayasan Pelajaran Mara sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar miskin bandar dan luar bandar serta Sabah dan Sarawak bakal dilonggarkan manakala golongan Orang Kurang Upaya, Orang Asli, miskin tegar dan anak yatim akan disediakan 'laluan khas'.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan demikian berkata perkara tersebut akan dibincangkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada tahun depan.

Bagi pelajar miskin bandar dan luar bandar, syarat minimum kemasukan yang dicadangkan adalah keputusan 3A 3B manakala pelajar Sabah dan Sarawak 3A 2B 1C, katanya.

"Kita juga akan meminta reaksi orang ramai berhubung cadangan tersebut. Jika sesuai kita laksanakan," kata Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno kepada pemberita selepas merasmikan program Back To School 2017 Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di sini Selasa.

Pada majlis itu, Ismail Sabri tutut mengagihkan beg sekolah kepada wakil Pemuda dan Puteri Umno dari setiap negeri.

Mengenai cadangan mewujudkan MRSM berbayar, Ismail Sabri berkata usul berkenaan antara lain akan mempertimbangkan sama ada operasinya akan melibatkan pembinaan MRSM baharu atau hanya menggunakan fasiliti sedia ada.

Beliau menegaskan cadangan kemasukan ke MRSM berbayar hanyalah untuk golongan berkemampuan.

Beliau berkata cadangan penubuhan MRSM berbayar itu diutarakan ekoran permintaan tinggi ke MRSM, termasuk daripada ibu bapa yang berkemampuan.

Tags / Kata Kunci: MRSM , syarat masuk MRSM , UPSR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan