Penurunan Ringgit Tidak Seburuk Yang Didakwa - Najib

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 12:03 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, prestasi ringgit yang dikatakan sedikit menurun berbanding dolar Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini bukanlah seburuk yang didakwa sesetengah pihak. 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau hari ini mengadakan perbincangan dengan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim mengenai prestasi ringgit.

Katanya, berdasarkan carta prestasi mata wang antarabangsa termasuk ringgit, didapati terdapat mata wang yang lebih lemah ekoran kesan luar kawalan.

"Ada mata wang lain yang prestasinya lebih buruk daripada ringgit. Ada juga (mata wang) yang lebih baik. Kita duduk di tengah-tengah. 

"Dan ini kalau kita tengok dari segi pelbagai mata wang, kita tidak menurun sangat, cuma dengan dolar Amerika. Jadi ini adalah kerana kesan luaran yang di luar kawalan kita," kata beliau pada program Soal Jawab Khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini Isnin.

Program sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib yang juga Presiden Umno turut mengingatkan agar rakyat tidak terkeliru dengan kesan penurunan mata wang tersebut memandangkan ia adalah faktor yang berada di luar kawalan.

Beliau turut menjelaskan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan dasar-dasar tertentu, umpamanya membawa kepada implikasi bukan sahaja kepada dunia tetapi juga Malaysia. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan