PAU2016 Paling Getir Hadapi PRU14 - Rosni Zahari

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 8:22 AM

Datuk Rosni Zahari

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno menganggap Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 sebagai platform terpenting untuk membincangkan strategi sayap parti itu bagi mengukuhkan jentera parti  dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari berkata fokus utama jentera Wanita Umno pada ketika ini adalah membantu parti memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

Justeru, katanya, PAU 2016 akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh perwakilan untuk menyuarakan luahan hati mereka dan kemudiannya akan dikaji oleh pucuk pimpinan parti untuk tindakan susulan.

"Apa yang perwakilan bangkitkan kita akan ambil tahu. Kita tak boleh ketepikan sama sekali. Kita dengar dan kaji, kalau ada yang perlu diperbaiki, kita perbaiki.

"Insya-Allah saya amat yakin jurucakap-jurucakap dalam PAU 2016 akan buat persediaan rapi dalam membincangkan strategi berkesan untuk kita hadapi PRU yang akan datang," katanya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak perwakilan Wanita akan membangkitkan isu berkaitan serangan melampau pembangkang dan bekas pemimpin Umno terhadap parti itu sejak kebelakangan ini.

"Ini antara topik panas pada PAU 2016. Kita akan dengar dan cuba tangani segala tohmahan ini secara berhemah. Ini bukan perkara baharu, kerana mereka akan serang kita dengan pelbagai cara.

"Sama ada baik pun kita, mereka akan cari sudut negatif untuk serang kita. Kita dah biasa dengan keadaan ini. Kita hanya perlu fokus dan melangkah ke hadapan dengan menentukan hala tuju perjuangan parti," katanya.

Rosni berkata Wanita Umno memandang positif segala tohmahan yang dilontarkan dan menjadikan ia sebagai ruang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

"Kita tidak lihat ia sebagai satu yang negatif. Ia membuka mata kita untuk cari jalan terbaik perbaiki kelemahan yang kita ada, insya-allah," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa faktor bekas pemimpin Umno menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti itu, Rosni percaya peringkat akar umbi masih mengharapkan kerajaan sedia ada untuk terus memimpin negara ini.

"Rakyat tahu tiada parti yang mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan aman seperti hari ini. Rakyat juga sedar serangan bekas pemimpin ini lebih bersifat peribadi.

Sementara itu, Rosni turut menyeru seramai 226,000 jentera jalinan rakyat Wanita Umno di seluruh negara agar menjadi mata dan telinga parti untuk memberi maklum balas mengenai luahan hati rakyat terhadap parti.

"Saya sendiri sebagai ketua penerangan berharap agar petugas-petugas jentera jalinan rakyat akan beri maklum balas sama ada parti yang diterajui bekas pemimpin Umno akan mengugat parti ini.

"Tapi setakat ini, kami tak dengar lagi (gugat sokongan). Oleh itu, kami hanya perlu fokus dalam memperkasakan agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau juga berkata, Wanita Umno kini sudah bersedia untuk menghadapi PRU-14 dengan jentera yang kuat dan sistematik.

"Saya dah turun semua kawasan tumpuan dalam Malaysia. Saya dah aturkan jentera dan kita tak boleh beritahu apa yang kami akan lakukan. Insya-Allah kami sudah sedia dengan jentera yang kuat dan sistematik," katanya.

PAU 2016 membuka tirainya pada Selasa dan berakhir pada 3 Disember ini membabitkan penyertaan seramai 5,,732 perwakilan Umno.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan Majlis Taklimat Presiden, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan secara tertutup di Dewan Merdeka kira-kira pukul 2.00 petang Selasa.

Sesi berkenaan diikuti dengan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka pada pukul 8.00 malam Selasa.
Tags / Kata Kunci: PAU 2016 , Datuk Rosni Zahari , Wanita Umno , PRU14

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan