Perhimpunan Agung Umno 2016 Bermula

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 8:29 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2016 bermula pada Selasa dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.

Majlis perasmian serentak ketiga-tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dijadual berlangsung pada 8 malam dan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno.

Ketiga-tiga sayap pergerakan parti telah sebulat suara mahu perasmian itu dilakukan Ahmad Zahid yang merupakan naib presiden yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

Tahun lepas, perasmian perhimpunan sayap dilakukan oleh ketua pergerakan masing-masing.

Sepertimana lazim, presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam Taklimat Presiden pada 2 petang ini, yang dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.

Perdana menteri juga dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembangunan Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC KL), yang bakal menjadi mercu tanda baharu di ibu negara.

Selain itu, beberapa acara sampingan di luar perhimpunan turut diadakan iaitu Konvensyen Penerangan Umno 2016, Majlis Anugerah Nadi Negara (Wanita) 2016 dan pelancaran Laman Media yang juga akan disempurnakan Ahmad Zahid.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan