Pasangan Warga Emas Pamer Kehebatan Menari Tarian Ballroom

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasangan Colin Lim dan Jessie Kong perlu berusaha lebih di lantai tari untuk bersaing dengan pesaing mereka yang jauh lebih muda.

Namun, sebaik sahaja muzik dimainkan, aksi tarian Ballroom yang ditunjukkan pasangan itu membuatkan semua hadirin, termasuk peserta yang lebih muda berasa kagum.

Pasangan berusia 61 dan 55 tahun itu adalah pasangan paling tua yang bersaing dalam kategori amatur pada Kejohanan Tarian Terbuka Malaysia 2016.

Pasangan penari dari Kuala Lumpur ini telah membuatkan penonton terpesona dengan rutin tarian moden foxtrot, tango dan waltz yang diadakan di dewan utama Hotel One World.

Walaupun mereka kalah, Lim dan Kong tetap mengukir senyuman dan menerima tepukan gemuruh.

Bagi pasangan yang sudah bersara ini, mampu menari dengan baik dalam pertandingan ini sudah memadai, terutama untuk Kong yang baharu menjalani pembedahan lutut setahun lalu.

Beliau menjalani prosedur pembedahan meniskus bagi membolehkan beliau menari dengan lebih baik.

"Lutut saya sangat kaku pada mulanya. Ia sangat menyakitkan. Tetapi saya terlalu ghairah. Saya tidak boleh hidup tanpa menari," kata Kong.

Dalam pertandingan ini Kong mengenakan gaun berwarna neon merah jambu yang mempesonakan yang diperoleh dari China pada harga ribuan ringgit.

Lim, seorang pesara jurutera awam menari untuk meningkatkan tahap kesihatan dan sebagai memenuhi impiannya sepanjang hayat untuk bergelar seorang penari.

"Saya memang tiada kesempatan untuk menari apabila saya bekerja. Tetapi ketika saya remaja, saya sentiasa kagum apabila Mat Salleh menari tarian rock 'n roll.

"Selepas bersara saya pun mula menari secara sosial di kelab tarian dan kami telah menyertai pertandingan selama kira-kira lima tahun," kata Lim.

Walaupun lebih berusia daripada kebanyakan pesaing, Lim akan menari setiap hari manakala Kong berlatih kira-kira tiga kali seminggu di studio mereka di Cheras.

Katanya, keluarga dan saudara-mara mereka amat menyokong minat mereka dalam bidang ini.

"Kami pernah melihat penari berusia 14 atau 15 tahun, dan kini telah dewasa," kata Kong.

Beliau menambah bahawa penari lelaki lebih mendapat permintaan tinggi sebagai menjadi pasangan menari.

Kejohanan Tarian Terbuka Malaysia 2016, yang kini masuk tahun kedua penganjurannya menarik kira-kira 300 penari dari negara-negara seperti Malaysia, Singapura, England, Jerman, Rusia, Itali, China, Jepun, Korea Selatan dan India, dalam beberapa kategori.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan