NGO Empower Disyaki Terima Dana Tajaan George Soros

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 4:43 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya yang diserbu disyaki menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata serbuan di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu yang dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah menemui bukti dan merampas beberapa dokumen untuk siasatan lanjut.

"Polis sedang mengumpulkan maklumat dan setelah memperoleh maklumat yang mencukupi, kami akan menahan beberapa individu lagi dalam tempoh terdekat ini.

"Saya menasihatkan semua agar berhati-hati sekiranya berurusan dengan pihak luar kerana polis masih memantau beberapa NGO yang lain," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Motosikal Kawasaki KLX250 sumbangan Felda Global Ventures Holdings Berhad kepada Polis Diraja Malaysia di sini Selasa.

Laman sesawang DC Leaks mendakwa Soros membiayai kumpulan pendesak dan badan bukan kerajaan dalam usahanya untuk mempengaruhi pilihan raya Malaysia.

Menyentuh mengenai pembebasan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah semalam, Khalid berkata: "Kami membebaskan Maria walaupun belum sampai 28 hari kerana perkara yang diperlukan untuk siasatan telah diselesaikan dan tiada sebab untuk menahan beliau dengan lebih lama lagi," katanya.

Beliau berkata polis telah mengambil keputusan bagi membebaskan Maria namun siasatan masih diteruskan sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

Maria ditahan 18 November lepas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Katanya, polis juga sedang menyiasat Maria di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kesalahan yang telah dilakukan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Empower , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan