Harga Gula Naik Beri Lebih Banyak Kebaikan - CAP

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kenaikan harga gula akan membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat berbanding keburukan, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Pegawainya, Uma Ramaswamy berkata CAP akan memberikan sokongan padu sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menaikkan harga gula.

"Langkah sedemikian berkesan untuk mengurangkan penggunaan gula yang tinggi di negara ini dan mengurangkan jumlah pesakit kencing manis.

"Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula juga akan meningkat harganya.

"Ini bermakna orang ramai akan berhenti daripada membeli barangan seperti itu," katanya ketika dihubungi, Isnin.

Tinjauan The Star menunjukkan bahawa pasar raya dan kedai runcit masih mempunyai stok gula mencukupi.

Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, harga gula adalah RM2.80 sekilogram.

"Saya biasanya menggunakan 10kg gula seminggu untuk perniagaan saya," katanya.

Jika harga gula naik, beliau juga hanya akan menaikkan harga barangan yang dijualnya.

Pada Isnin, MSM Malaysia Holdings Bhd, pengeluar gula halus terbesar di negara ini, berkata pihaknya telah meningkatkan harga gula premiumnya antara 20 ke 30 peratus kepada pemborong  pada bulan November.

Harga global gula mentah yang tinggi, kejatuhan ringgit, telah menyebabkan harga terpaksa dinaikkan.
Tags / Kata Kunci: CAP , harga gula , MSM Malaysia Holdings Bhd

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan