Khalid Samad Persoal Tindakan Polis Terhadap Perusuh Di Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Layanan polis terhadap 11 perusuh di Parlimen minggu lalu disifatkan sebagai ‘terlalu ringan’ berbanding tindakan pihak berkuasa terhadap pihak yang mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menjadi mangsa serangan berkenaan menuntut penjelasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kita hairan ialah tindakan yang dilihat agak ringan, tak ambil berat dan tak serius, seolah-olah macam ianya satu perkara yang tidak begitu penting.

"Kita tak faham perspektif yang ditunjukkan pihak polis. Kita nak minta penjeslasan daripada pihak KPN tentang perkara ini,” katanya pada sidang media di Wisma Parti Amanah Negara (Amanah) di sini, Selasa.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata, 11 individu termasuk seorang anak timbalan menteri yang mencetuskan kekecohan di Parlimen minggu lalu telah dibebaskan.

Mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lalu selepas ditahan semalaman sejak Jumaat.

Khalid membandingkan tindakan pantas polis terhadap pasangan suami isteri yang mengasari anggota MBSA sehingga dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 seorang.

Tags / Kata Kunci: Parlimen , Khalid Samad , Amanah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan