Kempen Amal Secret Recipe Bersama Afdlin Shauki

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 3:42 PM

Afdlin Shauki pada majlis pelancaran kempen Life Is Sweet anjuran Secret Recipe, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai Disember ini, restoran Secret Recipe menganjurkan kempen membeli sambil beramal, Life Is Sweet dengan kerjasama selebriti Afdlin Shauki menerusi pembelian kek Raspberry Cheese.

Menerusi kempen yang berakhir Mei 2017 itu, orang ramai yang membeli kek pilihan Afdlin itu dapat menyalurkan sumbangan kepada empat pertubuhan kebajikan tempatan.

Ketua Pegawai Operasi Secret Recipe, Jessie Low berkata, kali ini, Afdlin memilih sendiri jenis kek dan organiasai yang bakal menerima sumbangan hasil penganjuran program itu.

“Setiap pembelian kek Raspberry Cheese yang dijual pada harga serendah RM88, sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Muslim Care Malaysia, Yayasan Chow Kit, Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Majlis Kanser Nasional,” katanya.

Tambahnya, pihaknya menyasarkan sebanyak RM50,000 atau lebih akan dikumpul menerusi kempen yang akan berlangsung sepanjang enam bulan ini.

Bagi selebriti dengan nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan yang pertama kali bekerjasama dengan restoran ini, beliau mempunyai alasan tertentu untuk memilih perisa kek tersebut.
 
“Selain saya suka akan kombinasi buah-buahan dan juga keju di dalam kek ini, kek Raspberry Cheese ini merupakan salah satu kek yang laris terjual di Secret Recipe. Jadi pilihan ini adalah satu inisiatif yang baik untuk mengumpul dana dan salurkan kepada mereka yang memerlukan.
 
“Selalunya kalau kita makan kek kita akan rasa bersalah, tetapi dengan pembelian kek Raspberry Cheese ini, pembeli dapat menikmati kek keju sambil berbakti kepada masyarakat. Jadi, fill your belly, fill your heart,” katanya.
 
Sepanjang kempen ini, Secret Recipe akan menggunakan platform media sosial untuk mewar-warkan kempen Life is Sweet dengan mengadakan pertandingan dan orang ramai juga berpeluang memenangi baucar serta beramah mesra bersama Afdlin Shauki.


Tags / Kata Kunci: Secret Recipe , Afdlin Shauki

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan