Jabatan Perhutanan Kelantan Roboh Dua Sekatan Laluan Pembalakan Di Gua Musang

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 8:31 PM

Anggota polis dan Jabatan Perhutanan Kelantan bersedia untuk memasuki Hutan Simpan Kekal, Balah.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Jabatan Perhutanan Kelantan meroboh dua sekatan yang menghalang laluan balak dalam operasi pada Selasa, kata Timbalan Pengarah Operasinya Mohd Radhi Che Abdullah.

Mohd Radhi berkata operasi pertama merobohkan sekatan bermula pada pukul 11 pagi di Simpang Petei, manakala operasi kedua pula pada pukul 3.30 petang di jalan masuk ke Pos Bihai, di sini.

"Operasi itu dijalankan susulan notis merobohkan sekatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Kelantan sebelum ini. Tiada sebarang kekecohan berlaku ketika operasi itu dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.

Beliau berkata operasi itu turut mendapat kerjasama kira-kira 200 kakitangan pelbagai agensi termasuk polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, katanya beberapa Orang Asli yang tinggal di luar Kelantan turut ditahan dalam operasi tersebut dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk membantu siasatan.

"Kita akan siasat kenapa mereka berkumpul dan membina sekatan laluan balak di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah," katanya.

Katanya pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Orang Asli jika mereka terus berdegil untuk mengadakan sekatan pembalakan pada masa akan datang.

Di Kota Baru, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri menyerahkan isu berkaitan insiden menghalang laluan balak di tiga lokasi iaitu HSK Balah, HSK Perias dan HSK Gunung Stong kepada Jabatan Perhutanan Kelantan dan polis.

"Isu penangkapan yang berlaku tadi sewajarnya diserahkan kepada kebijaksanaan pihak polis dan tidak seharusnya mana-mana pihak campur tangan sehingga siasatan yang dijalankan selesai," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp berkata seramai 41 individu ditahan dalam operasi tersebut sehingga 6 petang Selasa.

Difahamkan operasi merobohkan sekatan laluan keluar balak itu terpaksa dilakukan selepas rundingan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan Orang Asli menemui jalan buntu dipercayai disebabkan ada campur tangan pihak luar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan