Fitnah Antara Empat Cabaran Terbesar Umno - Salleh

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang adalah antara empat cabaran utama Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, selain pengundi muda, perpecahan dalaman dan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata jentera penerangan Umno harus bangkit melawan fitnah dengan hujah dan fakta yang jelas supaya rakyat tidak terpengaruh dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak lawan.

Katanya jentera penerangan dan anggota Umno tidak sepatutnya hanya berdiam diri apabila mendapati terdapat fitnah yang dilemparkan terhadap Umno terutama melalui media sosial, sedangkan mereka mengetahui ia adalah tidak benar.

"Masalahnya kita sendiri yang menyebarkan fitnah itu...ini saya lihat sendiri di aplikasi WhatsApp, dia kongsi fitnah yang katanya dia dapat dari 'group sebelah', seronok dengar fitnah dari pihak lawan sedangkan kita ada fakta yang baik yang boleh kita sebarkan.

"Ada juga yang minta saya sekat laman tertentu...memanglah kalau salah akan diambil tindakan tetapi sepatutnya bila kita tahu itu fitnah kita lawan dengan fakta dan hujah dahulu," katanya semasa merasmikan Konvensyen Penerangan Media 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Selasa.

Konvensyen julung kali diadakan itu sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 yang bertujuan memantapkan saf jentera penerangan Umno bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Salleh berkata cabaran yang dihadapi daripada pengundi muda juga amat besar apabila mereka mudah mempercayai apa sahaja yang disebarkan melalui media sosial sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

Menurutnya jentera penerangan Umno perlu mencari jalan untuk memahami dan mendekati 'generasi gajet' itu bagi meyakinkan mereka bahawa Umnp adalah parti yang bergerak dalam satu pasukan yang jelas.

"Pihak lawan tiada pasukan pun, bergaduh antara mereka. Terangkan kekurangan di pihak lawan ini dan apabila mereka dapat lihat ini, mereka akan nampak kebaikan parti kita," katanya.

Menurutnya, Umno juga perlu mengelakkan perpecahan dalaman parti dan terus memperjuangkan ideologi mempertahankan kontrak sosial untuk memastikan parti keramat Melayu itu terus kekal bertahan."Kita hanya ada satu ketua iaitu Presiden kita, itu prinsip berorganisasi.

Jika terlalu banyak subpemimpin, sejarah membuktikan parti tidak kuat. 

"DAP dapat bertahan lama kerana parti itu ada perjuangan iaitu melawan perjuangan Umno," jelas Salleh.

Mengenai Dr Mahathir, katanya bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu kini bersekongkol dengan DAP yang memperjuangkan ideologi yang jelas bertentangan dengan dasar perjuangan Umno iaitu mempertahankan kontrak sosial.

Salleh turut berkata Umno tidak boleh dilihat eksklusif untuk orang Melayu sahaja dan bersifat politik retorik, sebaliknya perlu bersifat inklusif dan berjuang untuk rakyat keseluruhannya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Salleh Said , Dr Mahathir , Umno , PRU14

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan