Urusan Membawa Pulang Jenazah Pendaki Sedang Diusahakan

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 5:35 PM

Syed Redzuan Syed Salim Shatri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Urusan membawa pulang jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran, sedang diusahakan.

Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata pihaknya akan ke Amol bagi mendapat pelepasan pihak berkuasa Iran untuk membawa jenazah Syed Redzuan, 50, ke ibu negara Iran, Tehran, sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

"Perkara ini akan diusahakan dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Iran," katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp. Beliau berada di Reyneh, kira-kira 86km dari bandar Amol.

Terletak di utara Iran, Amol berada kira-kira 180km perjalanan darat dari Tehran. Gunung Damavand, gunung tertinggi di Timur Tengah, terletak di selatan Amol.

Pada Isnin, jasad Syed Redzuan ditemukan pasukan mencari dan menyelamat di Yakhar Glacier di kawasan pergunungan bersalji itu.

Syed Redzuan dan Ramli Abd Majid, 44, dilaporkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 November lepas setelah terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Rozaimi seterusnya berkata pihaknya dimaklumkan bahawa tiada usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan untuk menjejaki Ramli hari ini atas faktor cuaca.

"Pihak SAR tidak memaklumkan tempoh masa tetapi berkata akan menyambung semula usaha mereka apabila cuaca semakin baik, dan ini boleh dilakukan tanpa perlu menunggu perubahan musim seterusnya," katanya.

Beliau memohon rakyat Malaysia terus berdoa supaya Ramli segera ditemui dalam keadaan selamat dan disatukan dengan keluarganya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan