Umno Tidak Gentar 'Hijrah Besar-Besaran' Ke PPBM - Nazri

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 5:15 PM

MOHAMED NAZRI Aziz ketika menjelaskan kenyataannya pada sidang media di lobi Parlimen pada Khamis lalu.

Nazri Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno tidak gentar sebarang terhadap "penghijrahan besar-besaran" anggota parti ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, parti serpihan seperti PPBM tidak boleh bersaing dengan parti-parti politik utama di negara ini.

Katanya, kebanyakan parti seperti ini ditubuhkan pemimpin tanpa ideologi yang jelas.

"Pemimpin menubuhkan parti ini dalam keadaan marah. Tiada perjuangan, hanya perjuangan untuk membalas dendam.

"Kenapa perlu sebahagian daripada kita mengikut pemimpin-pemimpin ini yang hanya mahu melepaskan kemarahan mereka" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Konvokesyen Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Ke-12 di sini, Isnin.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, para pemimpin yang membentuk parti serpihan itu tidak mempunyai prinsip.

"Semuanya adalah peribadi. Jika kita melihat pemimpin terdahulu yang mengkhianati parti dan menubuhkan parti serpihan, mereka semua gagal dan dipinggirkan.

"Akhirnya, mereka menyertai semula Umno. Itu perkara biasa, semuanya drama," katanya.

Mengenai Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, Nazri berkata, tidak mustahil bagi kedua-duanya untuk kembali kepada Umno.

"Tiada siapa sangka (pada masa lalu) bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan bersama Lim Kit Siang dari DAP.

"Tiada siapa membayangkan ia akan berlaku. Semuanya berkemungkinan dalam politik," kata Nazri sambil menambah bahawa beliau meramalkan perdamaian boleh berlaku.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan