Ringgit Turun Naik, Malaysia Tiada Pilihan - Johari

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 5:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mempunyai pilihan selain perlu menghadapi keadaan turun naik ringgit sekarang di samping menumpukan untuk meningkatkan asas-asas ekonomi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata walaupun Malaysia sebelum ini menambat mata wangnya semasa krisis ekonomi 1997, langkah yang diambil oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak praktikal dilakukan sekarang dalam keadaan ekonomi global terbuka kerana negara akan kehilangan pertumbuhan ekonominya.

Menurutnya, kerajaan tidak akan menambat mata wang tempatan atau mengenakan kawalan modal meskipun keadaan turun naik sekarang dan sudah tentunya tidak akan menaikkan kadar faedah bagi menarik pelaburan asing.

"Tambatan bukan satu pilihan dalam ekonomi terbuka hari ini kerana dunia kini menjadi semakin terbuka...malahan China, negara yang menutup ekonominya 20 hingga 30 tahun lepas kini telah membukakannya kepada dunia. 

"Jika kita mahu menjadi sebuah negara maju kita tidak boleh menambat mata wang kita, kita tidak boleh mengenakan kawalan modal kerana jika kita melakukannya sekarang kita akan ketinggalan jauh dan tidak ada orang yang akan melabur di sini," katanya dalam ucapan beliau semasa program Women Power Talk, Effective Networking the Way Forward, di sini, Isnin.

Johari berkata menaikkan kadar faedah untuk menarik pelabur asing juga bukan satu pilihan kerana kerana langkah itu akan meningkatkan hutang isi rumah di negara ini.

"(Jika kita menaikkan kadar faedah) rakyat akan terjejas kerana bayaran ansuran akan meningkat, jadi kita tidak ada sebarang pilihan kecuali terpaksa melalui peralihan ini," katanya.

Menjelas lebih lanjut, beliau berkata sebab utama yang membawa kepada penurunan nilai ringgit adalah pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata semasa kempen pilihan raya presidennya, Trump banyak mengeluarkan kenyataan politik retorik dan berjanji untuk menumpukan kepada ekonomi didorong domestik.

"Jadi, untuk berbuat demikian (ekonomi dipacu domestik) mereka perlukan wang, mereka perlukan tunai, mereka perlukan dana. Selama ini, pelabur Amerika melabur di luar negeri dan dianggarkan kira-kira US$2-US$3 trilion daripada pelaburan mereka berada di negara-negara ASEAN.

"Untuk membawa balik wang ini, mereka akan menaikkan kadar faedah di AS, dan apabila ini berlaku, kadar faedah kita akan menjadi tidak begitu menarik," kata Johari.

Penurunan ringgit diburukkan lagi dengan aktiviti spekulatif dalam pasaran luar pesisir, katanya.

"Kini ringgit berada di bawah tekanan, menyebabkan penurunan nilainya dan itulah sebabnya mengapa rizab kita turun daripada US$170 bilion kepada US$97 bilion sekarang kerana ramai pelabur menarik diri," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ringgit , Johari Abdul Ghani

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan