Persiapan Hadapi Banjir Skala Besar - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 2:29 PM

Gambar fail menunjukkan pekebun Lim Meng Chan, 53, meredah banjir menggunakan motosikal untuk membawa tandan pisang keluar daripada kebunnya yang dinaiki banjir di Kg Simpang Tiga Rungkup, Bagan Datoh. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata kesiapsiagaan kerajaan menghadapi banjir tetap dibuat dalam skala besar walaupun bencana itu dijangka berlaku dalam skala yang kecil.

Beliau berkata pengalaman berdepan musibah banjir pada 2014 mengajar kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan, terutamanya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) agar lebih bersedia kerana skala bencana itu boleh berubah tanpa diduga.

"Walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan banjir kali ini berskala kecil tetapi pengalaman berdepan bencana itu sebelum ini membuatkan kita lebih bersedia.

"Atas sebab itu kita membuat persediaan dalam skala besar seolah-olah banjir besar akan berlaku," katanya mengulas persediaan kerajaan menghadapi banjir ekoran musim tengkujuh yang akan melanda negara, bulan depan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan enam buah bot penyelamat Amphibious Sealegs oleh Agensi Bencana Negara (Nadma) kepada APM di sini, Isnin.

Shahidan berkata APM selaku sekretariat dan urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pusat (JPBBP) peringkat nasional telah melaksanakan latihan kesiapsiagaan membabitkan agensi keselamatan lain termasuk bersama badan bukan kerajaan (NGO), antaranya bagi memastikan semua pihak bersedia jika bencana itu kembali melanda.

Beliau berkata APM juga telah mengadakan simulasi memberi bantuan dan memindahkan mangsa di negeri-negeri yang dijangka akan dilanda banjir seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Shahidan berkata pihaknya juga akan mempraktikkan pendekatan baharu dalam pengurusan banjir iaitu pindah dahulu sebelum banjir sepertimana yang dilaksanakan di beberapa negara maju seperti Jepun.

Pendekatan baharu ini akan dilaksanakan APM jika banjir melanda dan kita tidak akan bertolak-ansur kepada mana-mana penghuni yang enggan berpindah kerana apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan mereka, katanya.

Beliau berkata sebanyak 382 bot, 96 lori dan 141 kenderaan pacuan empat roda berada dalam keadaan siap sedia untuk ke lokasi banjir dengan 11,800 anggota bersedia digerakkan untuk tiga jam pertama bencana melanda.

Mengenai Amphibious Sealegs, Shahidan berkata pemilikan bot penyelamat itu akan memastikan perkhidmatan lebih efisien dapat diberikan kepada rakyat, khususnya ketika banjir berlaku disebabkan bot tersebut amat praktikal kerana boleh diatur gerak sama ada di darat mahupun air.

Bot-bot ini akan diedarkan ke beberapa negeri iaitu Kelantan dua buah, masing-masing sebuah bagi Sabah dan Sarawak, manakala dua buah lagi ditempatkan di ibu pejabat APM bagi digerakkan ke mana-mana lokasi yang memerlukan, katanya.

Tags / Kata Kunci: Shahidan Kassim , Banjir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan