Viral Palsu Punca Penderma Organ Berkurangan

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kebimbangan orang ramai mengenai penjualan organ yang diviralkan dalam laman sosial, dilapor menyebabkan jumlah penderma organ menurun kepada 40,000 setakat ini tahun ini berbanding 50,000 dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengurus (Klinikal) Perolehan Transplan Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr Fadhilah Lela Yasmin Mansor berkata tidak dinafikan ramai anggota masyarakat berasa takut sehingga keberatan untuk mendaftar sebagai penderma organ.

Beliau berkata jumlah penderma sebelum ini meningkat dari tahun ke tahun, misalnya 20,000 orang pada 2013 dan 40,000 pada 2014.

"Oleh itu pihak yang menyebarkan berita tidak benar terbabit perlu menghentikan perbuatan mereka supaya tidak menjejaskan niat murni orang ramai untuk menderma organ.

"Lagipun adalah mustahil untuk melakukan pemindahan organ secara persendirian memandangkan ia memerlukan alat dan kepakaran tertentu," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Dr Fadhilah menghadiri majlis perasmian kursus Menangani Kesedihan dan Kesedaran Pendermaan Organ yang disempurnakan Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF), Dr Selahudeen Abd Aziz.

Organ yang umum diderma ialah kornea, paru-paru, jantung, injap jantung, hati, buah pinggang, kulit dan tulang.

Sementara itu, Dr Selahudeen berkata di HSPF, bilangan penderma organ merosot kepada 200 orang tahun ini berbanding 457 orang pada 2015.

Katanya sebelum ini ia sentiasa meningkat iaitu seramai 122 orang pada 2013 dan 354 orang pada 2014.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan