Ketua Ekspedisi Nafi Khabar Angin Kematian Dua Pendaki Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 8:47 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khabar angin berhubung kematian dua pendaki rakyat Malaysia di Gunung Damavand, Iran, disangkal Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said.

"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya khabar angin itu. Saya juga meminta semua pihak agar kekal tenang dan hentikan penyebaran khabar angin tersebut," katanya dalam kenyataan kepada media.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat kini masih meneruskan misi pencarian di atas gunung itu.

"Anggota keluarga kedua-dua rakan saya yang masih hilang itu ada bersama saya di Reyneh. Mereka merasa amat terganggu dengan khabar angin itu," katanya.

Rozaimi menggesa supaya semua pihak bersikap matang dalam berkongsi apa-apa berita yang diterima.

Dua pendaki itu, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50 dan Ramli Abd Majid, 44, disahkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 November selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Tags / Kata Kunci: Gunung Damavand , Iran

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan