Jamal Tuntut Khalid Tarik Balik Kenyataan

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 4:52 PM

Jamal Md Yunos.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos menuntut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menarik balik kenyataannya berhubung insiden di Parlimen, baru-baru ini atau akan dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua kumpulan Baju Merah itu mendakwa, beliau tidak mempunyai kaitan dengan insiden yang berlaku di perkarangan Parlimen pada 24 November lalu.

"Saya beri tempoh 24 jam untuk beliau respon perkara ini di media dan saya akan menyusul arahan untuk peguam saya menuntut kepada beliau satu permohonan maaf secara rasmi mengikut kaedah yang saya tetapkan.

"Kegagalan beliau melaksanakannya, tindakan guaman akan diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, Khalid perlu menarik balik kenyataan yang melabelkan beliau sebagai Jamal Jamban, Jamal Pak Tongkol, dan Jamal Samseng.

"Beliau juga perlu menarik balik dakwaan yang mengaitkan saya dengan serangan terhadap beliau di perkarangan Parlimen," katanya.

Pada Khamis lalu, polis mengenal pasti mereka yang terlibat dalam insiden itu, termasuk Firdaus Tajuddin, anak lelaki kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Dilaporkan, Khalid yang merupakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) dikerumuni sekumpulan 20 lelaki dan wanita dari Umno Bahagian Pasir Salah sebaik sahaja beliau keluar dari keretanya dekat pintu masuk Parlimen.

Kejadian berlaku susulan Khalid memanggil timbalan menteri itu sebagai 'menteri sial' di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan