Perkukuh Komunikasi Strategik Agensi Penguatkuasaan

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 11:51 PM

(dari kiri) Ahli panel sesi forum bertajuk "Pengurusan Isu & Krisis: Amalan Terbaik", Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Abdul Samat Kasah, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Komunikasi PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad, serta Pengarah Komunikasi Korporat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Wahayu Abdul Wahab selaku moderator.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jalinan kerjasama antara agensi-agensi penguatkuasa menerusi bidang komunikasi strategik perlu diperkukuhkan agar perhubungan awam, pengurusan isu dan krisis dapat dikendalikan secara berkesan sekaligus memberi impak tinggi bagi pentingan rakyat.

Perkara tersebut merupakan hasrat dan rumusan kesemua peserta daripada 13 agensi penguatkuasaan yang menghadiri Seminar Pengurusan Komunikasi Strategik Agensi Penguatkuasaan di Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) di sini, Isnin.

Seminar anjuran Bahagian Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Seminar sehari yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik SPRM melibatkan 13 agensi penguatkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada majlis itu, Ahli Majlis Pentadbir Malaysian Press Institut (MPI), T.Selva membentangkan kertas kerja bertajuk "Hubungan Media dan Agensi sementara Pengarah Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur NKEA Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksana (Pemandu), Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek pula menyampai kertas kerja bertajuk "Pengurusan Isu dan Krisis dalam Agensi Kerajaan".

Selain itu, sesi forum bertajuk "Pengurusan Isu & Krisis: Amalan Terbaik" yang dianggotai oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Abdul Samat Kasah dan Ketua Komunikasi PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad sebagai ahli panel, serta Pengarah Komunikasi Korporat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Wahayu Abdul Wahab sebagai moderator.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan