Ahli Umno Mesti Ada Mentaliti Menang PRU-14 - Annuar Musa - Berita Semasa | mStar

Ahli Umno Mesti Ada Mentaliti Menang PRU-14 - Annuar Musa

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2016, yang bermula Selasa ini, perlu menjadi medan mencatur strategi dan membentuk mentaliti menang di kalangan anggota Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, perhimpunan tahunan parti kali ini harus menjurus ke arah pilihan raya umum bagi Umno merangka strategi mentaliti menang untuk meraih sokongan rakyat dan mendapat mandat besar.

"Kita mesti membangunkan mentaliti menang dan ia sangat penting. Kenapa apabila orang pergi berperang, dia buat panji-panji, dia buat cogan kata? Sebab ia menjadi lambang untuk pergi berperang," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain menyuntik semangat mentaliti menang dalam kalangan setiap anggota Umno itu, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata perhimpunan parti mestilah berupaya menzahirkan solidariti, kecintaan kepada perjuangan parti dan kesatuan pemikiran antara anggota dan pucuk pimpinan parti.

Dalam konteks solidariti, katanya, ia perlu lebih daripada hanya kesatuan dalaman Umno.

"Bukan hanya terbatas dalam Umno, tetapi dalam saf lebih besar dalam konteks Barisan Nasional, sebab itu Perhimpunan Agung Umno bertemakan warna biru kali ini, walaupun pakaian rasmi kita merah. Ini beri isyarat bahawa kita adalah sebahagian daripada keluarga yang lebih besar," katanya.

Annuar berkata para perwakilan juga perlu menjadikan perhimpunan agung parti untuk menggarap strategi terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Strategi bukan sahaja datang daripada atas, tetapi yang penting daripada peringkat pusat daerah mengundi, bahagian dan cawangan. Umno adalah parti akar umbi, jadi semuanya perlu sedar. Tak boleh lagi seperti biasa," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , PRU-14 , Umno
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan