Tiada Lagi Pergerakan Tanah Di Serendah Selepas Kerja Pemulihan

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Tiada lagi pergerakan tanah di Taman Idaman, Serendah selepas kerja-kerja pemulihan yang dijalankan secara berterusan di kawasan kejadian tanah runtuh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam bagaimanapun berkata, terdapat aliran air bawah tanah ketika ini dan seluruh kawasan masih lagi berisiko.

"Kita bekerja tanpa henti selama 24 jam menerusi pemasangan cerucuk bagi memperkukuhkan kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh.

"Setakat ini, kita telah mengeluarkan dua kereta dan sebuah motosikal dari kawasan tanah rntuh dan sedang berusaha untuk mengeluarkan baki kenderaan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Ahad.

Beliau berkata, setakat ini 26 keluarga atau 128 penduduk masih ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Serendah manakala 32 keluarga lagi tinggal di rumah saudara masing-masing.

"Tujuh keluarga masih belum melaporkan kepada kita. Mungkin mereka pergi tinggal bersama dengan keluarga terdekat buat masa ini. 

"Bagaimanapun, saya meminta mereka supaya tampil dan mendaftar, jadi kita boleh mengesan mereka. Kita tidak akan membenarkan orang awam memasuki zon merah kerana risiko bahaya," katanya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan persekutuan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan penduduk terjamin.

"Keutamaan adalah keselamatan dan kebajikan mereka, jadi kita perlu menunggu laporan penuh daripada pasukan teknikal.

"Jika kawasan itu tidak selamat, kita akan melihat untuk menyediakan pilihan perumahan baharu untuk penduduk, sama ada dari segi bantuan kewangan bagi membina rumah atau menempatkan mereka di kawasan perumahan kos rendah," katanya semasa meninjau ke lokasi kejadian.

Menurut Noh, beliau juga akan mempertimbangkan untuk mewujudkan rumah sementara yang diperbuat daripada kontena sekiranya diperlukan.

"Ia sebagai pilihan tetapi saya perlu membangkitkan perkara ini kepada Kabinet untuk dibincangkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan