Sistem VEP Dalam Persediaan Akhir

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 10:00 AM

Tionh Lai ketika meninjau proses pelaksanaan caj jalan raya (RC) dan VEP di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Baru, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang akan membantu kerajaan mengatasi pelbagai isu termasuk mengesan kereta klon asing, kini dalam proses persediaan akhir sebelum dilaksanakan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apabila ia sedia dilaksanakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, semua data kenderaan yang telah didaftarkan dalam sistem itu, akan diselaraskan dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu mySikap.

"Melalui sistem ini, kita akan dapat memastikan pelaksanaan yang lebih sistematik.

"Sehingga sekarang, sebanyak 200,365 kenderaan Singapura telah mendaftar menerusi laman web JPJ," katanya dalam sidang media selepas meninjau proses pelaksanaan caj jalan raya (RC) dan VEP di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, Sabtu. 

Liow berkata, rakyat Singapura masih digalakkan untuk mendaftar kenderaan mereka dengan bayaran RM10, selagi tiada tempoh akhir pendaftaran ditetapkan. 

"Apabila pendaftaran telah dilakukan, JPJ akan mengeluarkan satu tag khas kepada pemilik kenderaan berkenaan untuk diletakkan di cermin hadapan kereta.

"Daripada tag itu, mereka juga sebenarnya boleh membuat bayaran RC secara automatik di kaunter dan tidak perlu menggunakan kad Touch 'n Go.

"Namun tag itu harus ditambah nilai dari semasa ke semasa melalui laman web sedia ada dan ia juga boleh diambil di mana-mana kaunter yang akan dimaklumkan kemudian," katanya. 

VEP, buat permulaan, akan dilaksanakan di dua pintu masuk negara di Johor iaitu melalui Tambak Johor dan Link Kedua, sebelum diperluaskan ke pintu masuk lain seperti di sempadan Thailand, Indonesia dan Brunei.

"Kita akan laksanakan VEP di pintu masuk itu secara berperingkat dan ketika ini, kita sedang dalam proses membuat tender," katanya.

Dalam pada itu, Liow puas hati dengan pelaksanaan kutipan RC di kesemua 62 laluan kenderaan di BSI dan Link Kedua.

"Kita meletakkan seramai 37 kakitangan JPJ untuk melaksanakan kerja RC serta VEP ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang dapat memastikan pelaksanaannya berjalan lancar," katanya. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan