Sikap Perkauman Dorong DAP Tidak Akan Diterima Di Johor - Berita Semasa | mStar

Sikap Perkauman Dorong DAP Tidak Akan Diterima Di Johor

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 10:12 PM

Mohamed Khaled Nordin (tengah) bergambar bersama kira-kira 300 veteran UMNO selepas merasmikan majlis Persidangan Tahunan Veteran Umno Bahagian-Bahagian Johor 2016 pada Khamis lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA ISKANDAR: Sifat perkauman menebal dalam DAP akan menyebabkan agenda dan ideologi parti pembangkang itu tidak sama sekali dapat berjaya menarik sokongan masyarakat Melayu dan India di Johor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia kerana segala agenda yang direncanakan DAP tidak sesuai dengan aspirasi 'Bangsa Johor', 'Muafakat Johor' dan 'Johor Berkemajuan'.

Katanya, kepimpinan DAP beranggapan bahawa dengan menarik hanya beberaparemaja Melayu yang rupawan dan jelita, maka ia terus menjadikan mereka sebagai parti pelbagai kaum serta mampu mewakili kepentingan Melayu.

"Kita boleh tanya bekas sekutu mereka iaitu PAS yang pernah tidur sebantal dengan DAP. Jadi, saya yakin mereka boleh memberi pencerahan akan sikap sebenar DAP dalam memperjuangkan nasib orang Melayu, nasib orang India dan pastinya nasib agama Islam," katanya.

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar, berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sesi penggulungan Bajet Negeri 2017 pada Persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri, di sini,Ahad.

Katanya, BN telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kesepakatan yang berjaya sedangkan DAP selama ini dilihat hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja iaitu kepentingan masyarakat Cina.

"Sepanjang kewujudan DAP sehinggalah hari ini, DAP tidak pernah sekali pun mengemukakan pencerahan dan cadangan bagaimana mereka akan membantu bangsa Melayu dan India untuk lebih berdaya saing," katanya.

Pulau Pinang, katanya, adalah contoh terbaik kerana jurang antara kaum Cina, Melayu dan India bukan sahaja semakin melebar, malah membahayakan.

"Ia menyumbang kepada polarisasi dan polarisasi adalah ancaman kepada keselamatan," katanya. -Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan