Jumlah Pesakit Malaria Di Pos Kemar Dijangka Meningkat - Exco

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 11:30 AM

Sebahagian pesakit Orang Asli yang menerima rawatan selepas dijangkiti penyakit malaria di Hospital Gerik baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jumlah pesakit malaria di penempatan Orang Asli Pos Kemar, Gerik dijangka terus meningkat berikutan ujian slaid darah yang dijalankan kepada penduduk belum diperoleh sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata setakat ini, seramai 2,600 penduduk di 19 perkampungan Orang Asli telah menjalani ujian slaid darah manakala kira-kira 1,000 penduduk belum menjalani ujian berkenaan.

"Terdapat penduduk Orang Asli yang enggan menjalani ujian tersebut kerana takut serta tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.

"Ada di antaranya yang lari masuk ke hutan sehingga kita perlu memberi rawatan kepada mereka yang positif wabak malaria dengan pergi ke perkampungan Orang Asli tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri Perak sempena 'Hari Tanpa Kenderaan' di sini, Ahad.

Menurutnya, ujian tersebut dijalankan oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, enam pembantu makmal dari daerah Lembah Kinta, Manjung dan Perak.

Beliau berkata setakat hari ini, pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat wabak itu meningkat kepada 77 orang berbanding 73 semalam.

Katanya sebanyak 65 pesakit kini menerima rawatan di Hospital Gerik manakala 12 pesakit lagi dirawat di Hospital Kuala Kangsar.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Pos Kemar , malaria , Orang Asli

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan