KJ Diberi Penghormatan Mulakan Perbarisan Perasmian Umno

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 3:30 PM

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh (tengah) memeriksa perbarisan para anggota Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO ketika mengetuai raptai persiapan menjelang perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan diberikan penghormatan untuk memulakan acara perbarisan sempena perasmian Perhimpunan Agung parti, Khamis ini.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penghormatan itu diberikan oleh ibu pejabat sebagai penghargaan atas pertauliahan pangkat Brigadier Jeneral yang diterima Khairy dalam pasukan Askar Wataniah baru-baru ini.

"Mengambil sempena pentauliahan itu, kami bersepakat untuk memberikan satu perbarisan hormat yang akan diambil oleh Khairy bagi melakukan acara permulaan sebelum bermulanya acara-acara rasmi yang lain," katanya. 

"Ia adalah antara perkara baharu yang akan dilakukan pada Perhimpunan Agung kali ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perasmian Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.

Pada 26 Oktober lepas, Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan  Komander Rejimen 508 Askar Wataniah dinaikkan pangkat daripada Kolonel kepada Brigadier Jeneral, berkuat kuasa 14 Januari 2015.

Mengulas mengenai persiapan menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016, Ab Rauf berkata hampir 80 peratus persiapan telah diselesaikan bagi membolehkan PWTC menerima 5,792 anggota perwakilan parti yang bakal menghadiri perhimpunan tahunan itu. 

Beliau turut menganggarkan kira-kira 500,000 pengunjung akan mengunjungi PWTC sepanjang perhimpunan yang akan bermula 29 November hingga 3 Disember ini. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Umno , KJ , Askar Wataniah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan