Tanah Runtuh: JKR Perlu Dua Hari Kukuhkan Tebing - Kamalanathan

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 9:07 AM

Pandangan udara keadaan tanah runtuh yang berlaku di Taman Idaman awal pagi Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Jabatan Kerja Raya (JKR) memerlukan sekurang-kurangnya dua hari untuk mengukuhkan tebing yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini.

Anggota Parlimen Hulu Selangor, Datuk P. Kamalanathan berkata, kerja mengukuhkan tebing itu dibuat malam ini bagi mengelak berlaku runtuhan tanah selanjutnya.

"Ketika ini JKR sedang melaksanakan kerja secepat mungkin kerana terdapat saliran air yang melalui kawasan runtuhan itu.

"Proses pengukuhan tebing dibuat untuk mengelak tanah runtuh berlaku dan menyebabkan keadaan bertambah teruk," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.

Polis telah mengisytiharkan kawasan tanah runtuh yang berlaku kira-kira 1 pagi Sabtu sebagai kawasan larangan Zon Merah dan mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

Kamalanathan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, setelah kerja mengukuhkan tebing siap, keputusan sama ada penduduk boleh pulang ke rumah atau sebaliknya mungkin boleh dibuat. 

Tinjauan Bernama pada Sabtu malam mendapati kerja membaik pulih kawasan terjejas giat dijalankan. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan