Jangan Jadikan Budaya Barat Acuan Corak Masa Depan Negara - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan muda khususnya mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan membawa masuk budaya Barat untuk dijadikan acuan dalam mencorakkan masa depan negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun sesuatu perkara itu dianggap baik di Barat, namun tidak semestinya ia sesuai diguna pakai di negara ini.

"Mungkin ada yang boleh kita pinjam untuk pakai dalam sistem kita, tetapi untuk memaksa sistem luar seratus peratus dijadikan acuan negara, mungkin tidak sesuai.

"Wajah dan rupa negara bukan boleh dicorak orang luar, kita yang perlu berikan wajah sebenar. Kita tidak izinkan orang lain untuk mencorakkannya, hanya kita sahaja yang boleh mencorakkan masa depan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 4.0 sempena Perhimpunan Agung Umno, di sini, Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden berkata golongan mahasiswa dalam dan luar negara perlu sentiasa berwaspada dengan aspek negatif dari barat yang mengenepikan hukum agama, nilai ketimuran serta mampu merosakkan institusi sosial.

Beliau berkata ini kerana ada yang cenderung menjadikan nilai-nilai negatif sebagai acuan di negara ini kerana menganggap nilai ketimuran merupakan sesuatu yang jumud atau konvensional.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pandangan berbeza yang diutarakan generasi muda perlu diambil kira kerana golongan itu berada di garisan hadapan masyarakat dan dekat dengan denyut nadi rakyat.

Mengulas mengenai Pemanas, beliau berkata persidangan itu yang memasuki tahun keempat penganjurannya merupakan platform terbaik di luar suasana akademik di kampus yang boleh digunakan untuk generasi muda melontar pandangan dan mengupas isu semasa.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Pemanas , PAU2016 , Umno , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan