Himpunan 4 Disember Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya - Zahid

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 9:01 AM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan besar-besaran dirancang diadakan 4 Disember depan bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau berkata, perhimpunan akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ahmad Zahid menggesa pemimpin parti lain seperti PKR dan Amanah supaya menyertai perhimpunan itu yang lokasinya akan ditetapkan kelak. 

"Kita ketepikan perbezaan politik dan sebagai umat Islam kita berkumpul bersama-sama bagi menzahirkan rasa keprihatinan terhadap saudara Islam kita di Myanmar," katanya. 

Beliau berucap merasmikan majlis Malam Jalinan Kasih Suluh Budiman anjuran Persatuan Alumni Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, Sabtu malam.

Ahmad Zahid berkata, dalam isu Rohingya, Malaysia telah melakukan tindakan melebihi negara lain termasuk memberi anak-anak etnik Rohingya yang lahir di negara ini rekod kelahiran supaya mereka boleh menjalankan kegiatan menimba ilmu mengikut keperluan mereka. 

"Tidak memperkecilkan negara lain, kita telah perlihatkan keprihatinan yang mendalam terhadap isu Rohingya ini kerana sebagai umat Islam kita akan rasa seperti cubit peha kiri peha kanan (turut) terasa, apatah lagi jika mereka ditimpa kesusahan," katanya. 

Beliau turut menggesa masyarakat Malaysia menyumbang kepada tabung bagi membantu masyarakat Rohingya yang dianiaya.  

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada kerajaan Myanmar bagi menuntut keprihatinannya berhubung dakwaan penindasan terhadap masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine.  

"Mesyuarat kabinet telah buat keputusan nota bantahan akan dihantar kepada kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur. 

"Menurut piagam yang ada memang kita tidak boleh mencampuri urusan dalaman negara lain, tetapi kita mahu beritahu bahawa rakyat Malaysia mahu kerajaan Myanmar mengambil langkah prihatin terhadap rakyat Rohingya di Myanmar," katanya. 

Mengenai desakan penarikan semula Hadiah Nobel Keamanan kepada ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, Ahmad Zahid berkata, ia akan dibincangkan pada pertemuan 4 Disember ini.

"Jika seseorang yang dianugerah hadiah itu tidak lagi boleh mengekalkan keamanan, ia (pemberian) masih boleh dipertikaikan," kata beliau. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan