Saksi Kongsi Detik Ngeri Gerai, Kereta 'Disedut" Runtuhan

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: "Ketika sedang mengemas gerai tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang amat kuat dan bila berpusing ke arah bunyi itu, dalam samar-samar saya lihat kereta berhampiran seolah-olah ditarik sesuatu, satu-persatu jatuh ke bawah, ia amat mengerikan".

Pengalaman itu diceritakan oleh saksi kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Taman Idaman, Serendah di sini, yang berlaku kira-kira 1 pagi tadi ketika kebanyakan penghuni sedang tidur.

Pemilik gerai, Normah Ninggal, 48, berkata ketika itu beliau baru selesai berniaga pada 12.30 tengah malam dan sedang mengemas gerai yang terletak di belakang kawasan rumahnya.

"Anak-anak saya berada di gelanggang sepak takraw di sebelah rumah. Saya panggil mereka untuk masuk tidur dan ketika itulah tanah runtuh berlaku," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Katanya dia dan anak-anaknya tergamam saat melihat pokok di belakang rumahnya bergoyang dan merasai tanah mula bergegar sebelum runtuh lalu membentuk sebuah lubang yang sangat luas.

Normah berkata beberapa buah kereta yang diletak berhampiran mulai berpusing sebelum ditarik ke runtuhan besar itu lalu dia dan anak-anaknya yang berumur 16 hingga 25 tahun segera berlari ke bahagian hadapan rumah untuk menyelamatkan diri.

"Ia berlaku sangat pantas...sangat menakutkan kerana tiada tanda-tanda yang jalan atau tanah di kawasan berkenaan retak sebelum ini," katanya.

Katanya, meskipun gerai masakan panasnya itu turut musnah, beliau bersyukur kerana semua anggota keluarganya selamat dan tiada pelanggan di gerai ketika kejadian berlaku. 

Seorang lagi penduduk, Amirul Hakim, 18, berkata beliau terkejut melihat bagaimana kereta dan gerai jatuh satu-persatu ke kawasan runtuhan kira-kira seluas satu padang bola itu. 

"Kejadian itu sangat menakutkan, kami dapat dengar pergerakan tanah.

Kejadian ini kali pertama berlaku di kawasan Serendah ini," katanya. 

Kejadian tanah runtuh awal pagi tadi itu menyebabkan seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, cedera dipercayai mengalami patah tangan dan kaki dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.

Tinjauan Bernama mendapati pihak polis sudah mengarahkan penduduk di kawasan sekitar kejadian tanah runtuh itu untuk mengosongkan rumah masing-masing manakala jalan utama Taman Idaman telah ditutup.

 Difahamkan masih terdapat pergerakan tanah di kawasan itu.

Tags / Kata Kunci: Tanah Runtuh , Serendah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan