Tanah Runtuh: Semua Mangsa Dipindah Ke SRA Serendah

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 6:26 PM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Kesemua 340 penduduk yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini telah dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah. 

Ketua Polis Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara itu sehingga semua proses baik pulih selesai.

Katanya pasukan teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat penilaiansemula pengaliran air bawah tanah di kawasan itu bagi memastikan tahap keselamatan di situ.

"Laporan dari semasa ke semasa akan dikeluarkan untuk makluman semua, harap dapat berikan kerjasama kepada penguat kuasa bagi menjalankan tugas," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.  

Supramaniam berkata operasi membaik pulih serta memantau keadaan di lokasi kejadian disertai pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan JKR.

Terdahulu, Supramaniam berkata polis mengisytiharkan kawasan tanah runtuh itu sebagai kawasan larangan Zon Merah. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mangsa Tanah Runduh , Serendah , SRA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan