Polis Pastikan Keselamatan, Kelancaran Perhimpunan Agung Umno

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan aspek keselamatan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung minggu depan, terkawal.

Tanpa mendedahkan jumlah anggota yang bertugas sepanjang perhimpunan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah membuat persediaan awal bagi memastikan kelancaran perhimpunan itu.

"Anggota PDRM yang ditugaskan ketika perhimpunan itu akan bertugas mengikut syif. Selain itu, PDRM juga akan membuka bilik gerakan polis di PWTC," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai aspek keselamatan sepanjang perhimpunan itu.

Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya akan menugaskan kira-kira 30 anggota untuk mengawal trafik di sekitar PWTC sepanjang perhimpunan.

"Mereka (anggota polis trafik) akan bertugas secara bergilir-gilir dan mempunyai dua syif sepanjang perhimpunan berlangsung," katanya.

Mohd Nadzri juga menasihati orang awam agar tidak meletakkan kereta di atas pembahagi jalan atau di tepi jalan di sekitar PWTC.

"Jika berbuat sedemikian maka kenderaan mereka akan ditarik, oleh itu letaklah kenderaan di tempat yang dikhususkan," katanya sambil menambah tiada penutupan jalan ke PWTC ketika perhimpunan itu berlangsung.

Perhimpunan yang berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember ini di PWTC akan dihadiri 5,732 anggota perwakilan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Perhimpunan Agung Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan