Pencarian Jutawan Ketujuh SSP BSN Diteruskan

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 2:37 PM

Cabutan 'nombor benih' bagi mencari pemenang hadiah utama SSP BSN bulan November dijalankan sebelum proses pengauditan dan pengesahan dilakukan oleh juri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peluang untuk penyimpan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bergelar jutawan sebelum 2016 melabuhkan tirainya masih terbuka.

Menerusi kempen '7 Juta Ringgit, 7 Jutawan, 7 Bulan' yang bermula Jun lalu, enam penyimpan bertuah dengan simpanan minima RM3,000 telah berjaya bergelar jutawan, apabila memenangi hadiah Cabutan Istimewa yang menawarkan ganjaran wang tunai RM1 juta.

Ini bermakna seorang lagi jutawan terakhir SSP BSN dalam kalangan penyimpan baharu dan sedia ada akan 'dilahirkan' menerusi cabutan SSP bulan Disember.

Majlis Cabutan SSP Bulan November yang telah dijalankan di Wisma BSN di sini, Sabtu, menyaksikan Basariah Saad dari Perak diumumkan sebagai pemenang hadiah Cabutan Istimewa.

Seorang lagi penyimpan bertuah, Ong Wei Wei dari Selangor pula memandu pulang sebuah kereta BMW 320i apabila beliau memenangi hadiah Cabutan Bulanan.

Selain Cabutan Istimewa dan Cabutan Bulanan, BSN juga telah memperkenalkan Cabutan Remaja, khusus untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Khas dan Kategori Biasa.

Nur Shamin Azmi dari Putrajaya diumumkan memenangi Kategori Khas dengan hadiah wang tunai RM10,000, selain 15 pemenang Kategori Biasa yang membawa pulang iPhone 6.

Terdahulu, pada majlis ini, BSN telah meraikan pemenang hadiah utama untuk cabutan bulan Oktober.

Pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu boleh membuat simpanan SSP menerusi kaunter cawangan BSN, mesin pengeluaran wang automatok dan perbankan internet di myBSN.

Pelanggan juga boleh menggunakan saluran lain untuk membuat simpanan melalui Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN dan mesin deposit tunai (CDM).

Tags / Kata Kunci: SSP BSN , jutawan BSN , Cabutan Istimewa

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan