Kartunis Zunar Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 7:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kartunis  Zunar telah ditahan polis, jelas Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

"Saya boleh mengesahkan Zulkiflee SM Anwarul Haque@Zunar ditahan di IPD Timur laut, " jelas ACP Mior dalam satu kenyataan pada Sabtu petang.

Jelasnya, Zunar ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” tambahnya. 

Pada Jumaat, sekumpulan 20 hingga 30 orang yang diketuai Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menyerbu pameran di aras tiga Komtar lebih kurang pukul 2.45 petang.

Insiden tersebut berlaku selepas tiga jam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merasmikan pameran tersebut.

Rafizal meminta Zunar untuk menurunkan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengaibkan di pameran itu, dan ianya dibuat lebih kurang pukul 3.15 petang.

Pameran tersebut yang dijadual berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad terpaksa dibatalkan.

Tags / Kata Kunci: Zunar ditahan polis

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan