Lupakan Kos Harga Gula, Utamakan Kesihatan - Pakar

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 10:55 AM

Seorang pelanggan mendapatkan bekalan gula dari Pasaraya Mydin di Kuala Lumpur ketika tinjauan-Foto BERNAMA

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cadangan syarikat pengeluar untuk meningkatkan harga gula merupakan usaha untuk menggalakan pengguna agar mengurangkan penggunaan harian bahan makanan itu seperti yang disarankan pakar kesihatan.

Namun pengguna ternyata menyuarakan kemarahan sekiranya harga gula dinaikkan, sekali gus meminta kerajaan agar tidak menambah beban mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Holista Colltech, Datuk Dr. Rajen M berkata, menyamakan pengurangan subsidi oleh kerajaan seperti "cukai gula".

"Cukai gula dijalankan dengan berkesan di Mexico dan merupakan langkah yang bagus kerana pengguna secara keseluruhannya menggunakan terlalu banyak gula," kata beliau.

Selain Mexico, Hungary, Britain, Norway, Finland dan Perancis turut memperkenalkan pelbagai bentuk cukai gula dengan menjadikan syarikat pengeluar minuman ringan sebagai sasaran, sebagai langkah menekankan bahaya penyakit obesiti.

Syarikat pengeluar akan dikenakan cukai berdasarkan kuantiti gula yang ditambah ke dalam minuman ringan yang dihasilkan atau diimport.

Pada Khamis, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan masih mengkaji tentang cadangan syarikat pengeluar gula untuk menaikkan harga bahan makanan itu.

Syarikat MSM Malaysia Holding BHD yang mengawal 65 peratus pasaran gula di negara ini, mencadangkan untuk menaikkan harga siling gula antara 20 peratus hingga 30 peratus.

Dr Rajen berkata, ibu bapa di Malaysia menjadi punca anak mereka ketagihan gula dengan memberikan makanan yang manis sebagai ganjaran.

"Ibu bapa memberikan anak mereka aiskrim dan soda untuk mententeramkan kanak-kanak tersebut, tetapi tindakan itu mengundang gejala obesiti," katanya,

Susulan itu, Dr Rajen menggesa orang awam untuk melupakan dulu soal kos harga gula kerana pengurangan pengambilan gula akan mengurangkan kos perbelanjaan.

Pakar diet, Ivy Gan Shea Yin berkata, rakayat Malaysia mengambil 26 sudu kecil gula pada setiap hari termasuk dalam makanan mereka.

Beliau mencadangkan agar rakyat negara ini mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat.

"Satu sudu kecil kicap bersamaan tiga sudu gula," katanya sambil menambah jumlah tersebut menyumbang kepada 48 kalori.

Bagaimanapun, guru sekolah, Syamala R. Nair, 50, menyuarakan kebimbangan terhadap kesan kenaikan gula terhadap peningkatan harga barangan lain.

"Seperti petrol, jika harganya naik, beberapa bahan lain juga meningkat disebabkan kos pengangkutan," kata ibu kepada tiga orang anak itu.

Ahli perniagaan, Mohd Azri Fuad Mohd Azmi, 46, berkata, dia dan keluarganya tidak akan mengurangkan pengambilan gula dan tiada apa yang mampu dilakukannya untuk mengubah keadaan.

Bagi pesara, Logeswari Krishnan, 61, kenaikan harga gula mungkin membuatkan orang ramai mengurangkan pengambilan gula.

Tags / Kata Kunci: Gula , KPDNKK

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan