Tanah Runtuh, Jalan Raba Ditutup Sementara

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tanah runtuh menyebabkan rekahan di sepanjang Jalan Raba dekat Tronoh pada petang Khamis.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Datuk Jamilol Nasir Saad berkata laluan terpaksa ditutup sementara waktu selepas lubang sedalam 7 meter dan 40 meter lebar terbentuk berikutan insiden tersebut kira-kira pukul 4 petang Khamis.

Beliau berkata sementara menunggu kerja pemulihan selesai, jabatan itu akan membuat lencongan sementara.

"Buat masa ini, pengguna masih boleh menggunakan satu laluan di jalan tersebut atau mereka boleh menggunakan Jalan Batu Gajah sebagai laluan alternatif.

"Kerja membaik pulih kerosakan jalan akan mengambil masa selama dua minggu untuk siap," katanya.

Susulan insiden itu, plastik diletakkan di kawasan tersebut sebagai langkah segera untuk membendung hakisan lebih teruk.

Jamilol berkata pelan pengurusan lalu lintas telah dibuat dan syarikat konsesi bagi Jalan Persekutuan sedang menjalankan kerja-kerja baik pulih buat masa ini.
Tags / Kata Kunci: Jalan Raba , Tronoh , tanah runtuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan