Mayat Tersalah Serah Adalah Fong Meng Tuck

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 7:59 PM

Fong I Wen menunjukkan sijil kematian bapanya, Fong Meng Tuck.Foto: GARY CHEN/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan mayat seorang lelaki yang sebelum ini diserah kepada keluarga lain oleh Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) adalah mayat Fong Meng Tuck, 60.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pengesahan itu diperoleh hasil ujian DNA terhadap sampel darah tiga anak lelaki berkenaan oleh Jabatan Kimia yang mendapati ia 99.99 peratus sepadan dengan Fong. 

"Kami menerima laporan polis daripada anak lelaki Fong pada Isnin lepas yang mendakwa mayat bapanya kemungkinan tersilap diberikan kepada keluarga lain dan polis kemudiannya membuka kertas siasatan kes berkenaan.

"Ujian DNA dibuat berdasarkan sampel darah Fong yang diambil semasa proses bedah siasat dan hasil ujian itu dikeluarkan hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Jabatan Perubatan Forensik HPP, Datuk Dr Zahari Noor dan Pengerusi Lembaga Pelawat HPP, Lim Thoon Deong.

Jabatan Perubatan Forensik HPP sebelum ini dilapor tersalah menyerahkan mayat Fong kepada keluarga lain yang kebetulan turut menuntut mayat seorang lelaki berusia 73 tahun yang meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira pukul 12 tengah hari Isnin lalu. 

Mereka kemudian membawa pulang mayat itu dan melakukan upacara pembakaran sebelum abu mayat disimpan ahli keluarga berkenaan. 

Anak lelaki Fong yang mahu menuntut mayat bapanya kira-kira 2 petang terkejut apabila dimaklumkan mayat sudah tiada di HPP.

Mior Faridalathrash berkata polis mendapati berlaku pelanggaran prosedur operasi standard semasa penyerahan mayat iaitu anak saudara kepada lelaki berusia 73 tahun itu tidak melakukan pengecaman kerana tidak tahan dengan bau mayat itu. 

"Wanita berusia 53 tahun itu beberapa kali muntah kerana tidak tahan bau mayat bapa saudaranya yang mati tiga hari sebelum ditemui dalam rumahnya dan tidak membuat pengecaman. 

"Dia hanya meminta pihak pengurusan mayat menguruskan mayat bapa saudaranya yang tidak mempunyai anak itu sebelum terus membawa ke tempat pembakaran di Mount Erskine dan membakarnya tanpa melihatnya terlebih dahulu," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Fong Meng Tuck , Salah serah mayat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan