RUU 355: Sila Hormat, Jangan Cabar Hak Umat Islam - Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 2:42 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu semua pihak menghormati dan tidak mencabar hak umat Islam di negara ini seperti tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 olehnya di Dewan Rakyat semalam hanya tertakluk kepada umat Islam di negara ini dan tidak melibatkan penganut agama lain.

Malah katanya, usul berkenaan telah mendapat persetujuan antara PAS, UMNO serta sokongan badan-badan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Peguam Negara dan Badan  Kehakiman negara.

"Dalam perlembagaan sudah tertakluk bahawa umat Islam dan mereka bukan beragama Ialam di negara ini bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.

"Tapi malangnya ia (usul) mendapat tentangan daripada beberapa pihak yang mempunyai kepentingan politik dan kita tahu mereka ini tidak mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini... kita harap isu ini tidak berlarutan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membantah pembentangan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Ketika diminta mengulas permohonannya untuk membuat huraian berhubung cadangan pindaan itu pada persidangan dewan akan datang, Abdul Hadi berkata beliau berbuat demikian bagi memastikan semua pihak jelas mengenai RUU itu.

Anggota Parlimen Marang itu berkata RUU itu perlu dihuraikan dengan lebih teliti pada semua pihak supaya tidak timbul kekeliruan dan polemik dalam kalangan pelbagai pihak.

"Tidak betul jika ada pihak mendakwa saya sengaja melengahkan pembentangan usul itu. Saya mahu beri peluang dan ruang untuk penambahbaikan dan semua pihak memahami usul itu dengan cara yang betul, kita tak nak gopoh-gopoh.

"Pihak yang mendakwa saya sengaja melengahkan... mereka ini hanya utamakan kepentingan politik daripada kepentingan agama," tegasnya.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: RUU 355 , Abdul Hadi Awang , PAS

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan