Rafizi Letak Jawatan Setiausaha Agung PKR

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa Jumaat.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pengarah Pilihan Raya parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan menggantikan Rafizi berkuatkuasa Sabtu ( 26 November).

"Saya mengumumkan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung parti.

"Saya menerima surat peletakan jawatan yang disampaikan di tangan saya sendiri hari ini," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Rafizi dan Saifuddin di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Dr Wan Azizah berkata, peletakan jawatan Rafizi dibuat dengan mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan yang dibawa terhadap beliau.

Namun, Rafizi masih memegang jawatan Naib Presiden parti sehingga keputusan rayuannya dikeluarkan oleh mahkamah.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun berkata Rafizi telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan setiausaha agung parti sekiranya dijatuhi hukuman bersalah sejak setahun lalu.

Justeru beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Biro Politik pada hari ini selepas perbincangan lebih awal dibuat dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Oleh kerana persediaan berhadapan dengan kesan perlucutan kelayakan Rafizi telah dibuat jauh lebih awal, saya telah berbincang dengan Ketua Umum terlebih dahulu sebelum ini.

"Dengan pandangan yang diberikan dan mengambil kira pengalaman beliau di dalam PKR sejak penubuhan parti ini, saya memutuskan untuk melantik Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung PKR yang baru berkuatkuasa 26 November 2016," katanya.

Dr Wan Azizah berkata Saifuddin adalah seorang pemimpin kanan yang terbabit sejak penubuhan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.

"Saya yakin beliau akan memainkan peranan utama mengukuhkan peranan PKR di dalam Pakatan Harapan ke arah membentuk persefahaman pilihanraya dengan semua parti pembangkang untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dalam PRU14," katanya.

Saifuddin Nasution adalah mantan Pengarah Strategi PKR yang pertama sebelum menggalas amanah sebagai setiausaha agung di antara tahun 2010 hingga 2014.

Tags / Kata Kunci: Rafizi Ramli , PKR

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan