Penghuni Asrama Akhlak Akan Diasingkan - Rohani

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 7:19 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil langkah mengasingkan penghuni tahanan sementara dengan penghuni perintah tetap di Asrama Akhlak bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata tindakan itu dilaksanakan susulan kes seorang pelajar maut dipercayai dipukul sekumpulan 10 penghuni asrama di Asrama Akhlak (Lelaki) Pokok Sena, Kedah.

Katanya, ekoran kejadian Jumaat lepas itu, penghuni yang ada bersama ditempat kejadian dirujuk kepada Unit Kaunseling bagi mengelakkan berlakunya trauma dalam kalangan mereka.

"Malah pembantu kebajikan masyarakat serta pegawai keselamatan yang bertugas akan meningkatkan lagi kekerapan rondaan di blok penghuni dan JKM akan turut memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, JKM amat menitikberatkan segala hal berkaitan kanak-kanak yang ditempatkan di institusi JKM termasuklah aspek keselamatan, kesihatan, kebersihan diri dan tempat tinggal mereka seperti yang termaktub dalam Standard Prosedur Operasi (SOP).

Dalam perkembangan lain, Rohani berkata kes kematian kanak-kanak berusia dua tahun yang disimpan dalam tong ikan masih lagi dalam siasatan polis.

"Saya telah meminta pegawai pelindung JKM untuk melawat waris mangsa dan pelindung telah bertemu dengan kakak mangsa yang berusia empat tahun di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. 

Rohani berkata JKM telah berjaya mengesan nenek mangsa yang menjadi penjaga kepada kanak-kanak sebelum kejadian berlaku. 

"Hasil semakan melalui Sistem eBantuan JKM mendapati bahawa keluarga ini merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM400 yang disalurkan atas nama nenek kanak-kanak sebagai penjaga. 

"Perbincangan lanjut akan diadakan bersama nenek kanak-kanak mengenai hal penjagaan kanak-kanak itu sama ada ingin terus dijaga olehnya ataupun penempatan lain yang sesuai selain bantuan sokongan yang lain akan diberi kepada keluarga tersebut," katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat untuk peka dan segera melaporkan kepada Talian Kasih 15999 atau pihak berkuasa berdekatan sekiranya terdapat perkara yang mendatangkan kemusykilan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan