Honda Tingkat Pengembung Beg Udara Depan Kepada 55 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia akan meningkatkan ketersediaan stok pengembung beg udara penumpang hadapan Takata kepada 55 peratus menjelang akhir November, sebulan lebih awal daripada tempoh yang diumumkan sebelum ini.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, berkata stok sedia ada akan ditingkatkan secara beransur-ansur kepada 70 peratus menjelang akhir Disember 2016.

"Sehingga 23 Nov 2016, Honda Malaysia sudah menggantikan lebih daripada 62,300 daripada 125,000 pengembung beg udara penumpang hadapan Takata yang terjejas," katanya.

Syarikat itu meminta pelanggan yang terjejas untuk membuat temu janji di hab pusat perkhidmatan atau pengedar Honda yang bertauliah bagi menggantikan peralatan terkait.

Honda Malaysia juga meyakinkan bahawa ketersediaan stok pengembung beg udara tersebut berada pada tahap 100 peratus dan semua hab pusat perkhidmatan serta pengedar bertauliah Honda memiliki stok yang mencukupi untuk kerja-kerja penggantian.

"Bagi terus menyediakan lebih banyak lokasi dan kemudahan untuk pelanggan-pelanggan membuat penggantian, Honda Malaysia telah menambah dan memanjangkan tempoh 11 hab mudah alihnya yang sekarang ini berada di pusat membeli-belah kepada 18 buah, sehingga 25 Disember tahun ini," katanya.

Pelanggan Honda boleh menyemak status panggil semula kenderaan mereka termasuk lokasi terkini hab mudah alih syarikat kereta itu di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: beg udara , Takata , Honda Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan