Fama Jual Minyak Masak Murah

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

SELAYANG: Susulan krisis kekurangan minyak masak dalam pasaran, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengambil inisiatif bagi menstabilkan bekalan minyak masak dalam botol.

Menerusi inisiatif berkenaan, Fama mendapatkan bekalan minyak masak dalam botol terus daripada pembekal untuk dijual kepada pengguna di bawah harga pasaran.

Pengerusi Fama, Tan Sri Badaruddin Amiruldin berkata, sebagai permulaan Fama berjaya menjual minyak masak jenama Saji pada harga RM20 dalam botol 5 kilogram.

Harga pasaran bahan itu adalah RM20.65 sebotol.

"Langkah ini bertujuan untuk menolong dan menampung kekurangan minyak masak kepada pengguna.

"Kita mempunyai hampir 3,000 rangkaian peruncitan di seluruh negara termasuk karnival bergerak My Best Buy, Pasar Tani dan Agro Bazar. Jadi kita boleh bantu kerajaan agar bekalan minyak masak sentiasa ada...malah kita jual lebih murah daripada harga pasaran," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program My Best Buy - Jualan Terus Dari Ladang di Bangunan Fama Point di sini.

Walau bagaimanapun Badaruddin berkata inisiatif berkenaan hanya akan diperluaskan sekiranya mendapat kebenaran daripada kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Kalau kerajaan benarkan kita akan bantu dari segi pemasaran bagi mengatasi masalah minyak masak disembunyikan.

"Namun langkah ini hanya sementara, kita laksanakan ketika berlakunya krisis dan apabila rakyat sukar dapatkan bekalan," katanya.
Tags / Kata Kunci: minyak masak , FAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan