RUU: Jangan Terburu-Buat Buat Kesimpulan - TPM

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Soal undi untuk menyokong atau tidak Rang Undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pada persidangan Dewan Rakyat ketika ini tidak timbul, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata semua pihak tidak seharusnya terburu-buru mengenainya kerana banyak proses perlu dilalui sebelum sampai ke peringkat itu.

Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan usul mencadangkan RUU Persendirian itu pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata selepas dibentang, jika diterima sekalipun usul itu, ia masih tidak akan dibahaskan, kerana sebarang pindaan perundangan adalah dalam bidang kuasa kerajaan.

Beliau berkata sebarang langkah ke arah penerimaannya, memerlukan beberapa langkah lagi diambil, dan sama sekali tidak dapat dilaksanakan pada persidangan yang berlangsung pada Khamis, katanya kepada pemberita dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: RUU , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan