Tiada Hudud Di Kelantan - PAS

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 5:26 PM

pas
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan bahawa parti itu tidak akan melaksanakan hudud di Kelantan jika cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang berjaya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan akan berpegang kepada hukuman maksimum yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika membentangkan usul yang bertujuan mempekasakan kuasa mahkamah syariah.

"Kami tidak melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di Kelantan.

"Pindaan itu adalah kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata pindaan yang dicadangkan akan meliputi kesalahan seperti zina, qazaf dan syurb (kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang sifatnya memabukkan) di bawah enakmen 1985.

Hadi membentangkan usul untuk memperkenalkan rang undang-undang persendirian yang bertujuan untuk membolehkan mahkamah syariah mengenakan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan-kesalahan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Huduh , RUU355 , PAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan