Sosma: Nazri Bidas Dr M

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 8:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh beliau melanggar janjinya bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak akan digunakan untuk tujuan politik.

"Saya kini ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Saya tiada kaitan dengan keputusan menangkap Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah Sosma. Saya rasa Dr Mahathir sudah nyanyuk.

"Jangan kaitkan saya. Saya mempunyai semua fakta. Saya memberi jaminan bahawa Sosma tidak akan digunakan (atas sebab-sebab politik). Tetapi mengenai tindakan terhadap Maria, keputusan itu bukan kuasa saya," katanya.

Nazri berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran KL Bike Week 2016 di sini, Khamis.

Sambil mengakui bahawa beliau adalah menteri yang bertanggungjawab berhubung perbahasan penggulungan mengenai Sosma, Nazri bagaimanapun menegaskan bahawa beliau terperangkap dengan janjinya.

"Apa yang saya ingin katakan di sini adalah ya...saya berpegang kepada janji bahawa ia tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Dr Mahathir juga harus faham. Beliau seharusnya lebih tahu bahawa apabila ia berkaitan soal ancaman keselamatan, perkara itu adalah kuasa Ketua Polis Negara.

"Itu juga adalah alasan Dr Mahathir kepada saya pada tahun 1987 apabila kita bertanya kepadanya mengapa dia telah menangkap rakyat," kata Nazri merujuk kepada Operasi Lalang apabila lebih daripada 100 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada ketika itu.

Tags / Kata Kunci: Sosma , Nazri Aziz , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan