Sedih, Kesal Lihat Negara Islam Membisu - Mutfi Perlis

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal dan amat sedih apabila negara-negara Islam membisu tentang keganasan dilakukan terhadap umat Islam di Arakan, Myanmar.

Katanya, keadaan di negara itu semakin teruk apabila golongan wanita dan gadis dirogol sementara lelaki dan kanak-kanak dibunuh setiap hari tanpa mengenal perikemanusiaan.

Beliau turut mempersoalkan peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) terhadap isu kesengsaraan yang menimpa etnik Rohingya di Myanmar termasuk kuasa-kuasa besar lain yang sering melaungkan keamanan sejagat.

"Umat Islam di negara itu cuba dihapuskan secara kejam iaitu dibunuh dan kediaman mereka dibakar setiap hari," katanya semasa menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Alwi di sini malam Rabu.

Beliau berkata jika orang bukan Islam dianiaya sedemikian, masyarakat di seluruh dunia termasuk umat Islam pasti membantah, inikan pula apabila sesama Islam yang menjadi mangsa.

Jika ada laungan simpati terhadap kekejaman itu yang kedengaran ketika ini, ia hanya di peringkat badan-badan bukan kerajaan (NGO) sahaja.

Sehubungan itu, Mohd Asri berkata pihaknya telah mengedar surat kepada semua masjid di negeri ini meminta diadakan qunut nazilah setiap kali selepas solat fardu memohon diselamatkan umat Islam di Myanmar daripada kekejaman tentera di negara tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan