Lebih 1,000 Muflis Akibat Kad Kredit

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,022 pemegang kad kredit diisytiharkan muflis disebabkan kegagalan menyelesaikan hutang kad itu bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini, jumlah itu mewakili 0.03 peratus daripada 3.6 juta pemegang kad kredit utama di negara ini.

Justeru, beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan beberapa syarat pengeluaran kad kredit untuk memastikan hanya mereka yang layak dan berkemampuan sahaja diberi kemudahan kad kredit.

"Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit dinaikkan daripada RM18,000 setahun kepada RM24,000 sejak 17 Mac 2011.

"Pemegang kad kredit yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja serta mempunyai had maksimum kredit tidak melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan," katanya.

Othman berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Dr Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) berhubung bilangan pemegang kad kredit yang diisytiharkan muflis.

Katanya, menerusi Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab, institusi kewangan dikehendaki memastikan pinjaman diberi berdasarkan kepada kemampuan individu untuk membayar semula pinjaman tanpa dibelenggu bebanan hutang melampau.

"Bank juga tidak lagi membenarkan pembiayaan berdasarkan pra-kelulusan termasuk untuk pembiayaan kad kredit," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kad Kredit , Muflis , Othman Aziz

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan