Rakyat Malaysia Dalang Panggilan Bom Palsu

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

MEDAN: Polis Indonesia mendakwa ancaman bom palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Sumatera Utara pada minggu lalu didalangi oleh seorang rakyat Malaysia.

Ketua Polis Deli Serdang, Adj. Sr. Comr. Robert Da Costa pada Selasa berkata, pihaknya mengenalpasti suspek selepas mengesan nombor telefon bimbit yang digunakan untuk membuat panggilan palsu tersebut.

"Kami mengenalpasti nombor terbabit yang merupakan milik seorang rakyat Malaysia.

"Kini usaha memburu suspek masih berjalan," katanya kepada Jakarta Post.

Pihak lapangan terbang terbabit menerima panggilan itu yang mendakwa sebutir bom diletakkan dalam kawasan terminal dan akan meletup pukul 11.30 pagi waktu tempatan.

Suspek mendakwa dia diarahkan meletakkan bom itu dan meminta wang sebanyak tiga juta rupiah (RM990).

Walaupun panggilan palsu itu tidak menjejaskan aktiviti penerbangan pada hari kejadian, tetapi polis mengetatkan tahap keselamatan.

Robert bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suspek ekoran bimbang individu yang terlibat itu akan melarikan diri.

Selain itu, beliau enggan mengaitkan suspek dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Polis Indonesia kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi mengesan dalang terbabit.

Jurucakap Polis Sumatera Utara, Sr. Comr. Rina Sari Ginting berkata, pihaknya masih mengumpul bukti bagi kes itu.

"Beberapa individu dikenalpasti pernah berhubung dengan suspek di Medan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bom Palsu , Sumatera Utara

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan