Kerajaan Kaji Permintaan Naik Harga Gula

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan sedang mengkaji permintaan pengeluar gula bagi menaikkan harga gula berikutan kos gula mentah yang semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perbincangan mengenai perkara itu telah dilakukan sejak sebulan lalu.

"Kerajaan akan meneliti trend harga pasaran gula dunia terlebih dahulu kerana ia boleh naik dan menurun malah (kadang-kadang) stabil, (supaya) mudah  kita hendak membuat kiraan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan, di sini pada Khamis.

Beliau berkata perubahan trend itu tidak menentu dan banyak dipengaruhi pelbagai faktor termasuk iklim serta bekalan gula tidak mencukupi yang boleh menyebabkan harga gula meningkat dan kadang kala akan kembali normal dan stabil.

"Oleh itu, adalah tidak adil jika kita membenarkan mereka naikkan harga (terutama apabila perubahan mendadak seperti ini berlaku)," katanya.

Hamzah diminta mengulas kenyataan MSM Malaysia Holdings Bhd yang meminta kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 peratus kerana kos gula mentah dikatakan meningkat 40 peratus sejak awal tahun ini serta memberi kesan terhadapt margin syarikat.

Beliau berkata harga pasaran gula dunia kini mencecah US$0.26 sen (US$1=RM4.40) bagi satu paun (1PAUN=0.5KG) berbanding US$0.16 Sen pada tahun 2013.

"Permintaan pengeluar ada asasnya tetapi saya hendak pastikan supaya ia memberi keselesaan dari segi kadar harga yang mereka sendiri mampu untuk berusaha mengeluarkan gula supaya bekalan cukup di pasaran," kata beliau.

Dalam masa yang sama, pihaknya juga tidak mahu pengguna terasa beban dengan harga gula yang mahal.

Bagaimanapun, beliau turut memberi jaminan agar pengguna tidak perlu  bimbang memandangkan tiada pengumuman mengenai sebarang kenaikan harga gula buat masa ini.

Tags / Kata Kunci: Hamzah Zainudin , Harga Gula

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan