Jawatan PM Jadi Punca Penyandang Diserang, Difitnah - Annuar Musa

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 8:53 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sesiapa sahaja yang memegang jawatan Perdana Menteri tidak akan terlepas daripada serangan pelbagai pihak, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata jawatan nombor satu negara itu yang kebiasaannya disandang Presiden Umno, mengakibatkan penyandangnya sering difitnah dan berhadapan dengan politik kebencian.

Katanya serangan itu bukanlah perkara baharu, malah telah berlaku sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad memegang kedua-dua jawatan berkenaan.

Tohmahan dan serangan serupa berlaku ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui pemerintahan negara dan wujud usaha-usaha menanam kebencian dan menjatuhkan beliau.

"Lepas dua tahun (Abdullah memerintah), orang mula tanam benci kepadanya. Tiba-tiba semua tak kena (dan) akhirnya luka. Tukar orang lain yang lebih muda, berkarisma dan tegas...popular sekejap tapi sekarang dia pula kena serang,"katanya dalam temu bual dengan Bernama menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016 di pejabatnya di sini.

Melihat kepada landskap politik negara, usaha merebut jawatan Perdana Menteri berlaku amat jelas sejak pilihan raya umum 2008 berikutan angan-angan pembangkang menawan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sejak itu banyak politik kebencian dan kempen fitnah yang ditanam kepada rakyat bagi menjatuhkan sesiapa sahaja yang memegang jawatan perdana menteri.

"Perkara-perkara ini dirancang kerana perebutan kuasa, belum tentu benda yang dibawa itu adalah kebenaran.

"Selain itu, dengan adanya media baharu, ia memberi kelebihan kepada pembangkang sebab mereka menggunakan sepenuhnya," kata beliau.

Mengambil contoh Datuk Seri Najib Tun Razak, Annuar berkata pemimpin ituseolah-olah 'tidak diendahkan' apabila memegang pelbagai jawatan menteri, Ketua Pemuda Umno sehinggalah menjadi Timbalan Presiden Umno.

"Tapi bila dia mula duduk di situ (memegang jawatan Perdana Menteri), pelbagai serangan dan fitnah mula datang.

"Jadi, pada saya sentiasalah lihat pada sejarah dan saya yakin sekalipun kita turunkan Najib dan gantikan dengan sesiapa sahaja, mereka tetap akan hadapi kecaman yang sama," tegasnya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan